If you can't view the message, please click here.
|
|||||||||||||||
CASE HIGHLIGHTS |
|||||||||||||||
MOHD SYAZWAN GOBI ABDULLAH lwn. SUMUR MUTIARA SDN BHD Abstrak – Apabila tiada kontrak pekerjaan yang dilaksanakan, untuk menentukan bahawa seseorang itu benar-benar seorang pekerja, tahap kawalan majikan atas seseorang tersebut dan fungsi dan tugas-tugas sebenar yang dilaksanakan olehnya perlu diamati dan diteliti; bukan semata-mata label yang diberi pada pekerjaannya atau tujuan pekerjaan itu. KONTRAK: Subkontraktor – Perjanjian – Kontrak perkhidmatan – Tiada perjanjian lisan atau bertulis – Pihak menuntut mendakwa dirinya pekerja syarikat dan telah diberhentikan kerja – Sama ada pihak menuntut pekerja syarikat – Sama ada syarikat mempunyai kawalan terhadap pihak menuntut – Fungsi dan tugastugas sebenar pihak menuntut – Sama ada terdapat keterangan-keterangan yang menunjukkan pihak menuntut pekerja syarikat – Sama ada pihak menuntut sebenarnya kontraktor bebas yang mempunyai perkhidmatan untuk bayaran PERKATAAN & ISTILAH: ‘pekerja’ – Akta Perhubungan Perusahaan 1967, s. 20 – Sama ada pihak menuntut ‘pekerja’ syarikat dalam erti kata s. 20 – Sama ada pihak menuntut sebenarnya kontraktor bebas yang mempunyai perkhidmatan untuk bayaran KIM TATYANA lwn. VINSPIRIT SDN BHD Abstrak – Dalam satu dakwaan pemberhentian secara konstruktif, Mahkamah Perusahaan tidak berbidang kuasa mengambil kira dan membuat penilaian atas tarikh selain tarikh yang dinyatakan dalam rujukan oleh Menteri Sumber Manusia, dalam menentukan sama ada pemberhentian konstruktif berlaku atau tidak. MAHKAMAH PERUSAHAAN: Bidang kuasa – Rujukan Menteri Sumber Manusia – Dakwaan pemberhentian secara konstruktif – Tarikh pemberhentian kerja dalam rujukan Menteri berlainan dengan tarikh yang diplidkan oleh pihak menuntut – Sama ada mahkamah berbidang kuasa mengambil kira dan membuat penilaian atas tarikh lain sebagai pemberhentian kerja yang tidak disebut dalam rujukan oleh Menteri – Sama ada terdapat pemberhentian secara konstruktif – Akta Perhubungan Perusahaan 1967, s. 20(3) KONTRAK: Kontrak perkhidmatan – Dakwaan diberhentikan secara konstruktif – Sama ada pihak menuntut pekerja syarikat – Sama ada cuma bekerja dengan wakil syarikat dalam kontrak perkhidmatan – Sama ada berlaku pemberhentian secara konstruktif |
|||||||||||||||
LATEST CASES (ILR Issue 6 of 2023) |
|||||||||||||||
|
|||||||||||||||
APPEAL/REVIEW UPDATES |
|||||||||||||||
|
|||||||||||||||
ARTICLE HIGHLIGHTS |
|||||||||||||||
CANADA PRESENTS SUSTAINABLE JOBS BILL FOR GREEN TRANSITION OVER FOUR MILLION M'SIANS LIKELY TO LOSE JOBS BY 2030 IF THEY LACK SKILLS |
|||||||||||||||
|
|||||||||||||||
|